Friday, 8 June 2012

Sukan Berkuda & Renang

Sejak 3 minggu lepas, ai dah dapat hobi baru iaitu sukan berkuda...hehehe...Heeppp...jangan pikir yang bukan2 taw... My hubby baru sign up membership kat salah satu kelab equestrian..So, hujung minggu aku adew aktiviti nak bwat untuk keep fit sebab kalau nak harapkan aku bersenam,memang x la kan..huahuahua...

Macam biase lah,bile tiap kali adew interest baru,aku pun start la google tentang interest baru aku tu... Dari segi alat kelengkapan, pengetahuan n fakta2 yang boleh aku gunapakai...



Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.”
(Riwayat Ahmad)

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Selain sukan berkuda ni,aku pun suke swimming... Bile swimming ni,boleh maintain badan sebab seluruh anggota badan bergerak semasa kite berenang... Aku nak bawak bby Anggun pulak pegi swimming... Lepas ni boleh swimming sesame...Sejak lps bersalin ni,aktiviti swimming aku tergendala gara2 luka operation...tapi ni dah 6 bln,ok dah kot...hehehe...

                                                         cumel jew kan ank sheikh muszhaphar ni swimming...



Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Harap-harap berkekalan la aktiviti2 riadah aku yang baru ni...kehkehkeh...



3 comments:

maszmadi said...

hah, pak berkuda, anak ngan mok pi swimming... ok gak tu... nanti jgn lupa record video anggun swimming yerk...

lylieiqmal said...

linda! aku pun dulu riding gak, tp amik class half way je, pas tuh dapat keje kraftangan terus berenti. naik kuda memang best! kena tabah je la!

Anggun said...

kak mas...pak nyew takot naik kuda...huahuahua...
lylie...rugi la mcm tu...aku dah lame xriding sejak ngandung tahun lps..ni baru nak mule balik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...