Wednesday, 16 January 2013

Sebuah Kehilangan...

Agak lame aku xmenulis kan... Keadaan yang membataskan untuk aku menulis.. Ujung minggu lepas aku sibuk menziarah nenek sedare aku yang tibe2 jew sakit.. Taw2 jew cancer hati stage 4... Huh.. Dalam diam jew die menyerang.. Bile dah sampai stage 4, memang doctor xboleh bwat apew2 dah selain suruh bawak balik jew.. Arini baru aku adew kekuatan dan kelapangan untuk menulis.. Masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian Wanchu..

Pada pagi Isnin aritu, tengah aku bwat keje kat opis, tetibe dapat call menyatakan arwah dah pun meninggalkan kami semua pada pukul 11.20 pagi.. Aku pun bergegas balik kew umah.. Call mak aku banyak kali xberjawab sampai kew sudah... Aku sampai kat umah baru la mak aku taw yang Wanchu dah xdew.. Time tu dah x ingat apew dah selain nak sampai cepat kew Pahang...

Nasib baik aku balik ujung minggu lepas.. Sempat la jugak tengok Wanchu sebelum die dijemput Ilahi.. Time tu, aku yang menengok ni rase seksa sangat keadaan Wanchu.. Memang dah xboleh nak gerak.. Tdo jew.. Badan n mata sume dah kuning..Makan minum pun dah xnak.. Mata pun dah xbercahaya..Tapi kami sebagai owg yang hidup ni tetap memberikan yang sebaik mungkin dan percaya pade kebesaran Allah jikalau Dia mengizinkan untuk sembuh, maka sembuhlah... Mak dan tok aku, lapkan badan Wanchu, bersihkan najis die dan suapkan makanan untuk die... Ckit jew die makan... Anak2 Wanchu sumenyew lelaki dan sume keje luar.. Tinggal sowg jew kat umah.. Nasib baik la Pakngah tu xkekok nak uruskan mak die.. Aku memang xdapat nak menolong time tu sebab paham2 la kalau bawak Anggun.. Abis sume bende die nak terjah.. Tapi aku sempat jugak tolong mengiringkan badan Wanchu.. Kalau xslalu dialihkan, nanti takot berkudis pulak blakang badan kan...

Kalau nak diikotkan, Wanchu sakit x lame sebelum meninggal.. 28 Disember 2012 makcik aku bawak Wanchu g Hospital Raub sebab nampak mata n kulit die kuning.. Mase tu Wanchu sihat jew, boleh berjalan n bercakap sume... Then, kene admitted kat Hospital Raub.. Keesokkannyew, Hospital Raub transferkan Wanchu kew Hospital Temerloh.. Kat Temerloh doctor bwat MRI kat Wanchu.. Lepas 4 ari, doctor cakap die bagi cuti 10 ari sebelum datang semula untuk appointment pada 15 Jan 2013. Tapi Allah lebih menyayangi Wanchu...Wanchu telah dijemput menghadap Ilahi pada pagi 14 Januari 2013.. Mungkin kalau diteruskan jugak rawatan akan lebih menyeksakan Wanchu...

Sebelum balik, doctor adew cakap kat pakcik aku yang Wanchu hanya tunggu ari jew.. Dah xdew rawatan yang boleh dilakukan kew atas Wanchu.. Kalau bwat jugak, hanya menyakitkan die jew.. And kalau Wanchu nak makan apew2 or nak pg manew2 doctor cakap,bagi jew lah... Bile taw doctor cakap macam tu, aku taw memang dah xdew harapan untuk Wanchu sembuh...Tapi doctor xsampai ati nak bgtaw pade suami n anak2 Wanchu.. Even Wanchu sendiri xtaw keadaan die yang hanya menunggu hari jew tu.. Kami xsampai ati nak btaw.. Tapi bile dengar Aki cakap " doctor bagi cuti 10 ari.. 15hb ni baru doctor bgtaw nak bwat apew.. Lepas tu nanti baru la kite putuskan nak bwat rawatan kew, operation kew.." ati aku macam meronta2 sebab sembunyikan perkara sebenar.. Betapa besar harapan Aki untuk tengok Wanchu sembuh.. Huh...

Akhirnya, pada pukul 11.20 pagi 14 Januari 2013, Wanchu telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di hadapan Pakngah dan Aki.. Kami anak2 n cucu2 sedare rase sedih sangat sebab Wanchu  sangat rapat dengan family kami.. Kadang2 die dah macam emak kedua bagi makcik pakcik aku... Wanchu jugak seorg yang penuh dengan nasihat dalam kata2nya.. Selalu membuat lawak menghiburkan ati kami semua.. Hidup Wanchu penuh cabaran.. Dulu, Wanchu sekeluarga hanya tinggal di dalam pondok yang berdindingkan canvas.. Tapi Wanchu xpernah meminta2.. Die gigih meneruskan kehidupan dengan menjual sayur2 dan rebung di pekan2 sehari bagi menampung kehidupan harian.. Bile adew cite Hindustan, Wanchu anak beranak akan datang kew umah Tok aku untuk tengok tv.. Umah Wanchu xdew tv, xdew elektrik, xdew bekalan air..Tapi Wanchu tabah.. Hidup dalam serba kekurangan mengajar Wanchu untuk berjimat cermat. Wanchu kumpul duit hasil jualan untuk pergi menunaikan Fardhu Haji. Duit Wanchu dah lebih dari cukup tapi Wanchu telah dijemput oleh Allah terlebih dahulu.. Kalau nak diingat hidup Wanchu, memang boleh menangis tapi Wanchu tetap ok.. Pade die, adew tempat untuk die anak beranak berteduh dari ujan dan panas, cukup makan minum pun dah memadai.. Dia xmeminta untuk hidup mewah.. Sungguhpun umah Wanchu x sempurna tapi umah tu la yang kami adik beradik slalu pegi untuk bermain, makan tghari bile balik skolah.. Apew yang adew, akan Wanchu hidangkan untuk kami walaupun hanya air kopi dan biskut kering..Itulah makanan yang sangat sedap mase tu bagi kami.. Alahai.. Besarnyew jasa Wanchu...

Wanchu.. Nda doakan semoga roh Wanchu ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.. Berehatlah Wanchu di sana dengan aman.. Kami di cni akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Wanchu di sana... Kami di cni sangat terasa kehilangan dan merindui Wanchu.. Wanchu telah mengajar kami supaya tidak mengalah dalam kehidupan.. - September 1949 - 14 Januari 2013


6 comments:

Cho Zila said...

Innalilllah.. takziah.. kalau itu yang lebih baik untuk wanchu pergilah dengan aman....

anggun said...

thanx kak..daripada die menderita kesakitan, biarlah die pg dgn tenang..

. i . n . a . z . said...

inalillah... alfatihah

anggun said...

tq inaz...

Unknown said...

takziah ye linda, moga rohnya dicucuri rahmat..

anggun said...

thanx kak mas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...