Wilda Umairah
Wilda bukan sapew2 pade aku... Die cume seorang anak kecil yang diuji oleh Allah.. Aku slalu mengikuti perkembangan Wilda melalui FB dan perbualan dengan ummi Wilda iaitu Puan Shadiyah.. Selepas 9 tahun berusaha, akhirnya pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat dan comel.. Seorang puteri yang menyempurnakan kehidupan ummi dan ayah..Namun, perancangan Allah tiada siapa yang tahu... Selepas 8 bulan dipinjamkan, akhirnya pada pukul 5.22 pagi 22 April 2013 Wilda telah dijemput oleh Allah..
mase Wilda mule2 masuk wad..
Wilda dilahirkan normal tanpa sebarang penyakit.. Wilda adalah seorang anak yang aktif dan ceria macam anak-anak yang lain.. Namun, selepas 7 bulan, Wilda diserang batuk berkahak yang berlarutan.. Wilda dirujuk ke beberapa hospital sebelum akhirnya ke PPUM.. Rupe-rupenye paru-paru Wilda telah dijangkiti virus.. Wilda terpaksa bergantung kepada mesin bantuan oksigen.. Wilda juga telah ditidurkan untuk menstabilkan degupan jantung Wilda...
Kalau korang dapat tengok wayar yang berselirat tu, setiap satunya mempunyai fungsi tertentu untuk memastikan Wilda kekal stabil... Sewaktu aku melawat Wilda, die hanya terbaring kaku dengan wayar2 di badan..di bahagian perut dan paru2 juga terdapat tebukan kecil untuk memasukkan ubat dan juga untuk mengeluarkan leihan air di dalam perut... Menitik airmata aku waktu tu.. Walaupun aku xkenal pun sapew pemilik name Wilda Umairah ataupun Shadiyah ni sebelum ini.. Perkenalan kami hanyalah di dunia maya.. Namun sebagai seorang manusia dan seorang ibu, aku turut merasa kesedihan yang dirasai oleh ummi Wilda..
Selepas seminggu melawat Wilda, aku mendapat berita gembira yang Wilda telah mula sedar dan membuka mata.. Sekali lagi menitik airmata aku.. Doa orang2 yang telah mendoakan Wilda telah dimakbulkan... Alhamdulillah.. Wilda juga telah mula tengok cite kartun kegemaran die di katil hospital.. Walaupun tanpa suara, tapi ini satu perkembangan yang baik buat Wilda... Aku xhenti2 memberi kata2 semangat dan dorongan kepada ummi Wilda.. Sehinggalah semalam, ati aku meronta2 nak pegi jumpa Wilda.. Aku sendiri xtaw kenapa.. Aku nyatakan hasrat ati pada En Suami.. Tapi keadaan Anggun yang xbrape sihat, membuatkan aku membatalkan hasrat untuk ke PPUM.. Kemudian, dapat lagi update dari ayah Wilda yang Wilda semakin tenat dan badan, serta hati mula membengkak.. Aku terkedu dan tergamam melihat wajah Wilda yang membengkak.. Hanya doa yang xputus2 aku kirimkan agar Wilda selamat.. Namun, Allah lebih menyayangi Wilda.. Wilda Umairah telah pergi menghadap Ilahi tanpa secalit dosa yang pasti akan menunggu kedua ibu bapanya di pintu syurga nanti.. Hilanglah sudah penderitaanmu wahai anak... Tenanglah kamu di sana bermain bersama-sama pari-pari syurga.. Wilda telah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi...
wajah terakhir Wilda..
Gonna miss u Wilda.... :'(
Al Fatihah....
7 comments:
comell nyer arwah...
sebak nory baca...
harap ummi dan abah wilda tabah menghadapi ujian ini...
-alfatihah-
Al-fatihah buat arwah wilda..
wahai anak yang pasti menunggu ibubapanya disyurgaa :'(
die memang sangat comel...tapi Allah lebih menyayangi Wilda...
alfatihah =(
moge wilda aman n tenang disana
alfatihah..moga family wilda and sis jugak tabah.ujian yg sgt besar insyAllah ganjaran yg besar juga utk mereka.insyAllah
terima kasih pada yg mendoakan wilda...ummi dan ayh wilda sendiri telah redha...
sedihnya...berat mata memandang berat bahu memikul... semoga keluarga wilda tabah hadapi ujian Allah ini.
Post a Comment