Thursday 19 July 2012

Bayi Lima Bulan Koma Dipercayai Didera Pengasuh Di Kulim..

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila koma akibat mengalami pendarahan dalam otak dipercayai didera di rumah pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 20 Jun lalu, bapa mangsa, Amriizwan Ibrahim, 29, berkata isterinya, Rosmira Ramli, 28, menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak mereka, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, menangis dan tidak lama kemudian tidak sedarkan diri dengan keadaan tubuhnya kebiruan serta tidak bernafas.

“Isteri saya dan pengasuh kemudian membawa anak sulung kami itu ke Hospital Kulim (HK) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Doktor terbabit memberitahu anak saya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen berikutan tersedak susu selain disyaki anak saya didera.

“Bagaimanapun, doktor berusaha menyelamatkan anak saya dan meminta kami merujuk kes ini ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya yang ditemui di HSB, di sini, semalam.

Beliau berkata, dia dan isterinya terus membawa anak mereka ke HSB pada hari kejadian dan anaknya menjalani pembedahan kira-kira jam 11 malam.

“Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan dua belah mata menyebabkan anak saya koma hingga sekarang,” katanya.

Amriizwan berkata, dia kesal kerana pengasuh itu tidak memberitahu punca kejadian dan tidak datang menjengok anaknya di hospital apatah lagi untuk meminta maaf.

“Saya kesal dengan kejadian ini kerana dia satu-satunya anak tunggal kami. Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas ini,” katanya.

Menurutnya, pengasuh berkenaan menjaga enam kanak-kanak termasuk anaknya yang berusia empat bulan hingga tiga tahun.

Menurutnya, mereka baru dua bulan menghantar anak mereka ke rumah pengasuh itu memandangkan kedua-dua mereka bekerja.

“Biasanya isteri saya akan menghantar anak kami pada jam 9.30 pagi dan mengambilnya semula kira-kira jam 9.30 malam.

“Selain bayi kami, pengasuh itu menjaga lima kanak-kanak lain yang berusia empat bulan hingga tiga tahun,” katanya.

“Saya pasrah dengan ketentuan Allah dan berdoa anak saya akan kembali sedar dan sembuh seperti biasa kerana kami amat menyayanginya,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Langgar, di sini, berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. -
 METRO

Sayu hati tengok baby ni...

Sebak dada ni tengok keadaan baby ni yang sepatotnyew riang, pandai gelak n meniarap time ni kaku macam ni... Macam entry aku sebelum ni, aku memang anti gle dengan owg yang bwat aniaya kat budak2.. Sebagai seowg ibu yang sangat banyak dengan sifat keibuan, aku rase xsanggup tengok keadaan macam ni terus berlaku... Apew lah dosa anak2 kecik ni.. Kalau owg marah pn diowg tetap senyum.. Xdew rase bersalah or simpati kew..? Atau memang masyarakat skunk ni memang telah hilang sifat2 tu sume..? Bukan nak cakap aku baik tapi aku memang concern dengan hal2 yang berkaitan baby ni sebab aku juga mempunyai anak kecik. Cume beza, anak aku dijaga oleh mak aku sendiri.. Peringatan untuk semua dan untuk diri sendiri jugak, agar menyayangi anak2 ini kerana anak2 ini tidak berdaya dan tidak adew dosa pun.. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2 kami.. Jauhkan mereka dari segala musibah.. Amin...

Doa aku semoga adik Muhammad TaufiQ Daniall kembali sembuh seperti sedia kala serta dapat bersama ibu dan ayahnyew yang sangat risaukan keadaan Taufiq. jauhkan la segala keburukan dari adik Taufiq. Untuk ibu dan ayah Taufiq, teruskan berdoa semoga Taufiq cepat sembuh, banyak2kan bersabar dan tabah menghadapi dugaan...


2 comments:

Unknown said...

ameen,
hurmmmmmm kenapelah ada manusia yang sanggup dera2 budak ni, nak dera, pilah dera harimau ke, gajah ke, beruang ke... baru tau camaner rasa kena dera tu kan

Anggun said...

Yang tu diowg plk yang terdera...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...