Tuesday, 20 November 2012

Balasan Syurga Menantimu..


Yew.. Skunk sume owang dok memperkatakan tentang GAZA.. Save Gaza lah, Free Gaza lah.. Macam2 lagi lah... Tapi kowang setuju x kalau aku katakan sume ni hanya bermusim...? Sampai 1 mase, sume akan diam dan kembali hidup macam biase.. Tiada lagi Gaza or whatsoever... Kenape sume usaha menyelamatkan Gaza tidak dilakukan terus menerus..? Tapi siapalah aku untuk mempertikaikan semua ni...?

Rase sebak, sedih, pilu, sedih, marah sume datang serentak bile aku tengok gambar2 anak2 kecil yang x berdosa di Gaza dizalimi dan terbunuh dalam serangan kejam rejim Zionis.. Huh.. Saat aku menulis ni pun, 1 rase yang berat dalam dada ni bile aku hanya mampu berdoa untuk mereka yang sedang bergelut untuk hidup di sana.. Andai aku mampu, aku ingin buat lebih lagi bagi membantu mangsa2 kekejaman di sana...

Yang paling menyayat hati bile aku tengok gambar seorang bayi yang terbunuh di samping ibunya yang turut terbunuh.. Anak kecil itu masih terlalu kecil dan baru ingin manikmati erti hidup.. Kadang2 aku terpikir, hati Yahudi ni diciptakan dari apew sehinggakan tiada langsung rasa perikemanusiaan..? Tapi aku yakin Allah itu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui setiap perancanganNya. Dia tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab..

Kepada Mujahideen yang terkorban dalam berjihad serta anak2 kecil yang menjadi mangsa kekejaman Israel, aku yakin kalian tentu gembira kerana balasan syurga menanti kalian di sana.. Kami di sini yang masih belum tahu kew mana arahnya, akan tetap berdoa semoga segala kekejaman dan kezaliman akan dihentikan segera. Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...